Saturday 7 May 2011

Let start our days with smile and we'll be happy!!

ni hari 1st aku buat blog nie..sebenarnye dah lame nak buat..tapi disebabkan internet kat umah nie lembab giller..aku pendamkan jew arr hasrat aku nie...hohoho


tp ari tu mama aku baru beli broadband(excited gler) aku truskan la niat aku yang terkubur nie..hahaha..at last...
 Hari nie aku nak penuhkan entri ni ttg ibu..huhu^^ maklomlah..esokkan hari ibu..nie aku nak selitkan beberapa rangkap ayat yang aku amek from novel...


"Ketika ALLAH menciptakan seorang ibu, Dia mengadunnya denagn bahan yang istimewa dan tahan lama.

1)Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat luaran tetapi juga mampu mentafsir dan membaca apa sahaja yang disembunyikan oleh si anak disebalik wajahnya.

2)Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yang sangat kuat, yang dicipta daripada bahan yang tidak mudah terhakis. Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata - kata pedih yang dikeluarkan daripada anak - anaknya yang dikandungnya.

3)Bahunya pula dibina daripada bahan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, agar dapat menjadi tempat anak - anaknya bersandar. 

4)Tangannya juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh, agar kuat untuk menampung beban anak - anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka."

indahkan kejadian seorang ibu??yelaa sape x sayangkan mak sendiri tol x??

ni plak aku selitkan lirik lagu BONDA yang dinyanyikan oleh M Nasir..

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda

nampakkan lirik lagu ni...huhu memang best arr..
So, sempena ngan ari Ibu,,aku ucapkan selamat hari Ibu,,,I luv my MOM..
Syukur aku ade lagi Ibu untuk berbakti kepadanya..
HAPPY FOREVER=D


No comments: