Tuesday 10 May 2011

Ciri Lelaki Idaman Wanita =D

Sekadar ganbar Hiasan...


Tergerak plak hati nie nak kemas2 barang..ngah kemas tu tetibe terjumpe laa artikel..harap - harap korang suke la ye..^^

Ciri - ciri lelaki idaman setiap wanita..

  1. Menghormati keluarga terutama ibu bapa. Jika si lelaki x pandai menghargai ibu bapa, bagaimana dia mampu menghormati ibu bapa si perempuan.
  2. Mengutamakan pegangan agama dalam kehidupan berkeluarga. jika aspek ini tidak diambil berat, bagaimana hubungan dengannya beroleh keberkatan Illahi.
  3. Menjaga pergaulannya. Lelaki soleh pasti bijak mengawal pergaulannya terutamanya menglibatkan wanita yang bukan muhrim.
  4. Menjaga hubungan sesama manusia demi mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
  5. Jujur dalam pekerjaan. Sekiranya dia tidak amanah dalam menjalankan kerjanya, bagaimana dia menjaga amanah terhadap kehidupan kamu.
  6. Berdikari dalam menjalankan tugasnya. Walaupun memerlukan pertolongan orang lain dia akan meminta dengan penuh hemah dan sekadarnya sahaja.
  7. Mempertahankan prinsipnya yang cemerlang. Itu kunci pendiriannya tidak goyah terutamanya dalam melibatkan sebarang keputusan bersama kamu kelak.
  8. Menghormati kamu seadanya. Jika dia tidak mampu menghormati kamu, pasti akan timbul masalah di kemudian hari.
Sumber:IluVislam

Renungan buat jejaka...perbaikilah diri untuk mendapatkan isteri yang baik..sebab???
Isteri yang baik hanya untuk lelaki yang baik
Jadi same-same kita muhasabah diri,perbaiki diri..dan berdoa semoga ALLAH kurniakan kita isteri serta zuriat keturunan yang soleh dan solehah...AMIN








4 comments:

AZRI said...

peh.macam da x sbr nak kawen jekk

amir_asyraf said...

hahaha..bnyak kene perbaiki diri arr azri..hoho

Lalaland said...

haha. mana dpt idea nak buat tajuk ni bro?

amir_asyraf said...

Kak Syurga: tengo article yg kumpul mase kat skola menengah..drpd dok bace sendiri..bek share kat sini...huhu